Wednesday, March 12, 2008

APA DAH JADI WAWASAN
Pengalaman berlakon adalah pengalaman paling berharga bagi individu yang bersemangat seperti saya. sejarah setiap filem akan saya sematkan dalam dada. kegagalan untuk terus bersinar juga menjadi cabaran.

FLASHBACKSeawal jejak kaki di FINAS lebih 10 thn dulu mencari-cari sehingga sempat belajar sekejap, di AFM. Masa tu semangat dan cita-cita membara untuk jadi pengarah dan penerbit.

WAWASAN 2Rupanya setelah berhabis bertarung dunia yg diceburi terlalu sempit dan genting. Survival adalah isu utama. Pokoknya tiada harapan, jauh nak berjalan tak pasi tujuan. itulah cerita tercempak jadi pelakon.

FLASHBACK
Actor Studio tempat mula bertapak. Hamlet, arahan Faridah Merican dan sahabat Sobri Anuar(Pelakon paling fantastic dalam Dakolin Dakosi) Ribut, sempat juga bermain di ASK,Bukan Bunuh Diri arahan Namron, lepastu DeJavu kat Matic dan Istana Budaya, Pemakan Hati di Stor DBP dan Wangi Jadi Saksi arahan Uwei di DBP. Masa ni jugalah sempat jadi compare untuk tv program Riak2 Remaja, Achik Bistari, ada juga beberapa telemovie seperti Mat Nor Khusairy dan The Velvet Boys, Hari Raya Abdulah Rafei dan beratus episod untuk tv series dan drama radio.

WAWASAN 3
Tapi dalam banyak2 filem juga menambat hati. sentiasa jadi keutamaan dan kukorbankan masa dan perjuangan. Sekarang ni filem yang aku tunggu2 tentulah ESTATE buah tangan terbaru Mamat Khalid. Dah beberapa kali tunda.Semangatku masih membara tapi hati sering bertanya.
Bukan senang nak berjaya sebagai pelakon. Banyak filem berlakon banyak lah makan hati. Apa pon jangan sampai tawar hati.


APA DAH JADI
Ini mengingatkan..

Sewaktu menghadiri bengkel lakonan oleh Slamet Rohardjoe di Finas beberapa tahun dulu dia pernah berpesan...

kita ini para seniman, kononnya semangat hebat bak harimau, tapi baru digigit semut, sudah menjerit.. tolong aku dibaham buaya.

Renungkanlah.

APA NAK JADI

apa dah jadi



pilihanraya 2008

apa dah jadi
semua tepuk dahi
mari mengaji
semua gi parti
mari mengundi
semua gi judi

Add Image


bikin filem

apa dah jadi
antarlah proposal
ni bukan kroni
bajet betul-betul
ini mesti!!! Janji!!
ikutler protokol
apa nak jadi
tungguler bahalol
cerita dah basi
2 thn dlm bakul
sudahnya tak jadi

artis atau pengemis

adalah artis nak kata baru, baru juga tapi sebenarnya dah season dah ni. belajar ask dkatanya.ulu. berbakat besar sebab tu tak habis belajar habis dah memang dia pun pandai dah. adalah kawan dia ni senior sama belajar dah nasib baik. sekarang ni makin popular sampaikan dapat peluang jadi pengarah dipanggillah kawan dia ni.


rezeki dia dapatlah melakonkan lebih 20 watak untuk siaran 13 episod .
produser yang sama berlakon program tu memuji sakan lah sahabat yang baru nak naik dan penuh semangat jitu membuktikan yang dia punya masadepan cemerlang dengan usaha gigihnya. produser tu hulur RM500 rm salam perkenalan
katanya. habis lah shooting di hujung lebih kurang sebulan setengah semua gembira dan bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing. sampailah giliran produser pula. dihulurnya RM700 penutup kata dan selesai bicara. terkedu dan tergamamlah artis baru berbakat besar dengan harapan besar tapi sekarang kembang kuncup sebab atas kepala dah ada batu.

ituah ibarat : Di hati hajat nak berteduh tapi bongok tidur bawah pokok kelapa tua.

itulah dinamakan kepala ada batu.

pengarah yang beria panggil dan eksploitasi sahabat dia ni lansung tak ambil hal untung nasib sahabatnya yang sekarang nasibnya sekadar jadi penulis skrip sahaja. kenapa? Bila ditanya dia cuma jawab, kurang-kurang tak payah nangis nak cari makan. hina sangatke kita ni..

bila fikir balik, ia.. memang hina.. apa dah jadi. dulu kita kuat walaupun dulu kita cuma tahu pasal syarikat persendirian tapi sokongan saudara mara hebat, bila kita tahu berkongsi, syarikat sendirian berhad, semua pihak bantu, sekarang syarikat berhad dah semua, semua pihak rembat. konon teori sekarang zaman akal, sekarang lah zaman paling zalim ..sekarang zaman batu..kalau tak caya tengoklah sekitar kita lagi banyak rumah papan ke rumah batu.

sekarang tak boleh harap. apa dah jadi.

sofijikan melaporkan.